Inilah cerita yang ku dengari waktu subuh tadi. Katanya:
Saat Hari Kiamat tetap akan tetap berlaku. Dahulu Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari Kiamat ini dan mereka dibinasakan; kaum Thamud dengan petir dan kaum Aad dengan angin ribut.
Kaum Firaun serta dan beberapa negeri terdahulu telah juga ditunggang tebalikkan kerana mereka telah melakukan kesalahan menderhakaa Rasul diutusan Allah.
Ketika berlakunya banjir besar, Allah telah menyelamatkan nenek moyang kamu kerana mereka telah menaiki bahtera Nabi Nuh. Peristiwa ini sepatutya menjadi pelajaran bagi kamu supaya mendengar dan menerima pengajaran.
Ingatlah, bahawa apabila ditiup Sangkakala, bumi serta gunung-ganangnya akan hancur dan terjadilah kiamat. Langit menjadi reput dan runtuh dan malaikat ditempatkan bagi mengawal segala penjurunya. Juga terdapat malaikat yang memikul Arasy Tuhanmu.
Pada hari kiamat itu, kamu semua akan dihitung amalmu sehalus-halusnya. Sesiapa yang menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, sukacitalah ia kerana ia akan menghadapi hitungan amalnya dengan mudah dan ia akan tinggal dalam kehidupan senang lenang di dalam Syurga, mendengar kata-kata jemputan: “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya. Ini adalah hasil amal soleh yang telah kamu kerjakan semasa di dunia dulu!”
Adapun orang yang menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, ia akan menyesal, sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku dan jika kematianku di dunia dulu adalah kematian pemutus yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi. Harta kekayaanku tidak langsung dapat menolongku sedikitpun. Aku ketiadaan kuasa dan hujjah untuk membela diri lagi”.
Malaikat penjaga neraka pula diperintah untuk menangkap orang yang berdosa itu untuk dibakar dia di dalam neraka Jahiim. Selain dari itu, badannya dibelitkan dengan lingkaran rantai besi. Ini adalah kerana di dunia dahulunya dia tidak beriman kepada Allah dan dia tidak menggalakkan dirinya dan orang lain memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
Pada hari ini, tiada seorangpun kaum kerabat serta sahabat handainya yang dapat menolongnya. Juga tiada makanan baginya melainkan dari air danur yang merupakan memakan bagi mereka yang melakukan perkara yang salah.
Allah bersumpah: “Demi segala yang nyata dan segala yang ghaib, sesungguhnya Al-Quran itu ialah wahyu Kami dan bukanlah perkataan seorang penyair sebagaimana yang kamu dakwa. Tetapi sayang! amatlah sedikit kamu beriman. Dan juga Al-Quran itu bukanlah perkataan dari seorang pawang sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang! amatlah sedikit kamu mengambil peringatan”.
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. Kalaulah Nabi Muhammad berdusta atau mengadakan sebarang kata rekaannya, sudah tentu Allah akan menyentap dan memutus tali jantungnya supaya ia mati serta-merta. Siapakah yang boleh menghalangnya?
Sesungguhnya Al-Quran itu tetap menjadi peringatan bagi orang yang bertaqwa.
Allah sedia mengetahui bahawa ada yang mendustakan Al-Quran, maka Ia akan membalasnya.
Sesungguhnya Al-Quran itu pasti akan menyebabkan penyesalan bagi orang kafir semasa mereka menerima balasan nanti.
15. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini.
Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Tamat.
++++++++++++++++++++
Itulah surah yang dibacakan imam tatkala solat subuh tadi. Sangat bertuahlah jika makmum dapat memahami apa yang dibacakannya. Alhamdulillah.
Tetapi kalau tak faham pun tak apa kerana ada tafsirannya, termasuklah di sini: 069. Al-Haqqa
Kliklah:
No comments:
Post a Comment