Wednesday 22 December 2010

MANUSIA SAMA SAJA


KITA SAMA SAHAJA

Kita Tak Ada Apa Bezanya

-------------------------------


Sejak kita dilahirkan, kita semuanya adalah sama. Kita sama2 bertelanjang bulat, kita sama2 tanpa kuasa untuk berdikari, mati jika ditinggalkan bersendirian tak macam lembu atau binatang lain yang mampu terus hidup aktif beberapa jam selepas dilahirkan. Kita punyai suara tangisan yang sama, suara ketawa gelak yang sama. Kita sama2 memerlukan bantuan makluk lain bagi mendapatkan tenaga keperluan tubuh badan kita (makan minum – semuanya kita sama2 bantai tak kira sedap atau sebaliknya asalkan perut tak lapar sudahlah).

Tapi semakin hari semakin kita berbeza dan terus berbeza.

Yang tinggal sama ialah saatnya, minitnya (= 60 saat), jamnya (= 60 minit) harinya (= 24 jam) dan minggunya (= 7 hari). Kemudian, kita berbeza dalam bulannya dan tahunnya. Cakap kita juga berbeza tak saling dapat memahaminya antara satu sama lain kecuali kita belajar bahasanya. Adab dan adat kita juga berbeza dan kadangkala bertentangan pula. Jenis dan penyediaan makanan dan minuman kita juga berbeza. Dan malangnya hati kita juga dah banyak berbeza, tak mahu bersama untuk bersatu padu.

Dan mulalah kita bertelagah dan saling tuduh menuduh kerana kita dah banyak yang tak sama. Kita dah banyak berbeza.

Walhal kita semuanya adalah Bani Adam. Adakah kita mahu menjadi macam Habil dan Khabil agaknya?

Adakah itu tujuan hidup kita? Bukankah kita berlainan untuk memahami satu sama lain dan bersepakat. Bukankah perbagaian itu satu nikmat? Kenapakah kita tak menikmati kerana ianya suatu nikmat? Patutkah kita mengundang sengsara dari suatu nikmat?

Dan inilah sikap semula jadi manusia agaknya, dibantu pula dengan bisikannya.

Bahagialah mereka yang belajar dan memahami banyak bahasa.

Bahagialah mereka yang banyak ilmunya tentang adab dan adat pelbagai kaum dan bangsa.

Bahagialah mereka yang memahami perasaan dan hati budi mereka yang bukan sebangsa dengannya.

Bahagialah mereka yang memahami bangsa dan kaum lainnya, yang juga Bani Adam sapertinya. Kalau bersoreh tak mana perginya kecuali dari rahim Hawa.

Keluarkanlah suara tangisan yang sama, hilai ketawa yang sama, perasaan lapar kenyang yang sama dan lain2nya yang sama walaupun kita banyak berbeza, kerana kita akan pergi ke distinasi yang sama walaupun mungkin dipisahkan mengikut amalan kita.


Bersedialah kita sama tolong menolong kepada kebaikan.

Saturday 11 December 2010

AYAM MASAK KICAP


AYAM MASAK KICAP

Masaklah makanan harian sendiri jika mahukan kualiti makanan yang bersih halal dan bebas dari berbagai bahan mudaratkan badan. Berselawat dan berdoalah ketika memasak & memakannya supaya berhasil berkatnya. Makanlah ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang mengikut Sunah.

Gula ada racun, garam ada racun, lemak ada racu...n, dll ada racun. Kurangkan makanan beracun takut2 badan tak larat menghadapinya.





Saturday 9 October 2010

ALAT NYALA-PADAM

ALAT KAWAL LETRIK


Ada kalanya kita perlu mengawal lampu rumah kita supaya ianya menyala pada waktu yang kita perlu ianya menyala dan ianya padam dengan sendiri di waktu yang kita tak perlukan ianya menyala lagi. Kita boleh berbuat demikian dengan menggunakan alat yang di namakan “Timer”.

Untuk menggunakan timer ini kita perlu setkan masa alat letrik kita (misalnya lampu) perlu kita onkan (nyalakan) dan masa ianya perlu kita offkan (padamkan). Selepas disetkan masa tersebut kita perlu pula mengsetkan waktu kini (pukul berapa sekarang ini) pada alat tersebut supaya masa myala dan padam yang telah kita setkan tadi berfungsi selari dengan waktu jamnya. Jika tidak masa nyala dan padamnya lampu akan lari dari masa yang disetkan.

Alat timer ini boleh digunakan di rumah kita dimana kita boleh setkan supaya lampu luar rumah kita menyala pada misalnya, jam 7.30 malam dan padam pada jam 6.00 pagi esoknya. Atau pada masa2 lain yang kita pilih.

Atau kita gunakannya semasa kita balik kampung supaya rumah kita terang menyala lampunya di waktu malam dan ianya padam selepas subuh.

Alat ini juga sesuai bagi mereka yang balik lambat dan di waktu malam dari kerja. Apabila kita pulang ke rumah misalnya pada jam 9.00 malam, lampu di luar rumah kita dah menyala dan mudahlah kita masuk dalam keadaan kawasan rumah yang terang.

Dapatkanlah alat pengawal letrik ini kerana ianya memudahkan kehidupan kita. Kalaulah kita bukannya tahu sangat selok belok letrik dan peralatannya tanyalah dan dapatkan nasihat panduan sahabat kita yang tahu.

Tapi lebih elok jika kita belajar untuk tahu supaya kita tak mudah tertipu.


Awas

Aliran letrik sangat merbahaya kepada yang tak banyak ilmu tentangnya.

Jauhinya kecuali jika anda pakar mengenainya.


Berbagai jenis timer



Sambungannya





-------------------------------------------


Saya pernah memasang alat timer ini di sekolah Agama Rakyat Taman saya, supaya lampu luar sekolah menyala mulai 8.00 malam dan padam pada jam 6.30 pagi.

Setelah dipasang saya (atau orang lain) perlu pula memastikan bekalan letrik di sekolah tersebut tak terputus. Kerana jika berlaku ketiadaan bekalan letrik maka alat ini berhenti berfungsi dan jamnya tak bergerak. Jamnya hanya bergerak semula apabila bekalan letrik disambung semula.

Jadi waktu tercatat pada alat tersebut selepas terputusnya bekalan letrik, dah berubah bergantung kepada jumlah masa bekalan letrik itu terputus. Jika timer tak disetkan semula jamnya maka lampunya akan menyala tak mengikut masa asal yang telah ditentukan.


Thursday 29 July 2010

CHANGGIH JUGA KAMERAKU INI

Changgih juga kamereku ini.

Baru tadi ku tahu ia boleh mengedit gambar yang diambil. Dahulunya kalau aku nak edit gambarnya kenalah aku masukkan gambar ke dalam PC dan edit menggunakan "jpeg" atau "bitmap" (itulah caranya yang aku tahu). Mungkin ada cara lain tapi aku belum tahu dan aku pula tak ambil tahu. Kerana tahu yang ini rasanya dah cukup bagiku. Tak payah pening2 lagi.

Aku takut jadi macam dulu di mana aku tahu banyak juga program. Akhirnya nak save ketika menggunakan "Wordstar" dah lupa caranya. Nasib baik dapat telefon Koyakutty. Beliau bagi tahu tekan "Shift" dan "s".

Dan sampai sekarang aku ingat caranya walau pun Wordstar dah berkubur, tak digunakan lagi. Dulunya kami gunakan Wordstar dan Multimate sahaja. Itu pun boleh terlupa cara untuk "save file".



Ketika aku sedang membelek kameraku dan melihat gambar yang ada ternampak pada ku cara edit gambar dengan hanya menggunakan kamera tersebut.

Bukan main seronohlah aku kerana kerja aku mengedit gambar akan menjadi lebih mudah tak payah lagi pakai PC. Lepas ambil gambarnya bolehlah terus edit.

Patutlah kanak2 mudah belajar mengguna alat changgih saperti kamera atau handphone. Orang dewasa macam saya ni takut2 sikit, bukan apa takut rosak alatnya. Kanak2 tak kesah kerana bukannya duit mereka (agaknya). Dan mereka makluk berani mencuba. Syabaslah kerana berani tersebut. Kebanyakan kami dulu kala dilarang membuat atau mencuba yang baru oleh orang tua kami. Sampai sekarang rupanya kami menjadi "pengecut" untuk mencuba yang baru. Mungkin ini adalah kesan saikolijinya.

Kamera yang ada pada ku ini sebenarnya bukan aku yang punya. Ianya ialah barang terpakai anak ku dan menyerahkan kepada ku selepas dia habis menggunakan kamera tersebut untuk projeknya.

Oleh kerana beliau tak berminat dengan kamera maka diserahkan kepada ku kerana ia tahu aku memang minat photography. Tapi takkan dapat free pula jadi aku belikan kamera tersebut daripadanya, kerana tatkala itu dia masih student lagi.

Penutup kata jangan takut mencuba dan jangan tengok sahaja. Tengoklah sambil berfikir supaya kita dapat faedahnya. Jangan tunggu dan lihat! Akibatnya melepas lagilah kita.

Dan untuk nak tahu lebih mendalam lagi aku baca pula internet tentang kamera. Inilah yang aku dapat:




Click to take a QuickTime VR tour of the Nikon Coolpix L11


Nikon Coolpix L11

SUBUH 1007290600

Inilah cerita yang ku dengari waktu subuh tadi. Katanya:

Saat Hari Kiamat tetap akan tetap berlaku. Dahulu Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari Kiamat ini dan mereka dibinasakan; kaum Thamud dengan petir dan kaum Aad dengan angin ribut.

Kaum Firaun serta dan beberapa negeri terdahulu telah juga ditunggang tebalikkan kerana mereka telah melakukan kesalahan menderhakaa Rasul diutusan Allah.

Ketika berlakunya banjir besar, Allah telah menyelamatkan nenek moyang kamu kerana mereka telah menaiki bahtera Nabi Nuh. Peristiwa ini sepatutya menjadi pelajaran bagi kamu supaya mendengar dan menerima pengajaran.

Ingatlah, bahawa apabila ditiup Sangkakala, bumi serta gunung-ganangnya akan hancur dan terjadilah kiamat. Langit menjadi reput dan runtuh dan malaikat ditempatkan bagi mengawal segala penjurunya. Juga terdapat malaikat yang memikul Arasy Tuhanmu.

Pada hari kiamat itu, kamu semua akan dihitung amalmu sehalus-halusnya. Sesiapa yang menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, sukacitalah ia kerana ia akan menghadapi hitungan amalnya dengan mudah dan ia akan tinggal dalam kehidupan senang lenang di dalam Syurga, mendengar kata-kata jemputan: “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya. Ini adalah hasil amal soleh yang telah kamu kerjakan semasa di dunia dulu!”

Adapun orang yang menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, ia akan menyesal, sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku dan jika kematianku di dunia dulu adalah kematian pemutus yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi. Harta kekayaanku tidak langsung dapat menolongku sedikitpun. Aku ketiadaan kuasa dan hujjah untuk membela diri lagi”.

Malaikat penjaga neraka pula diperintah untuk menangkap orang yang berdosa itu untuk dibakar dia di dalam neraka Jahiim. Selain dari itu, badannya dibelitkan dengan lingkaran rantai besi. Ini adalah kerana di dunia dahulunya dia tidak beriman kepada Allah dan dia tidak menggalakkan dirinya dan orang lain memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

Pada hari ini, tiada seorangpun kaum kerabat serta sahabat handainya yang dapat menolongnya. Juga tiada makanan baginya melainkan dari air danur yang merupakan memakan bagi mereka yang melakukan perkara yang salah.

Allah bersumpah: “Demi segala yang nyata dan segala yang ghaib, sesungguhnya Al-Quran itu ialah wahyu Kami dan bukanlah perkataan seorang penyair sebagaimana yang kamu dakwa. Tetapi sayang! amatlah sedikit kamu beriman. Dan juga Al-Quran itu bukanlah perkataan dari seorang pawang sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang! amatlah sedikit kamu mengambil peringatan”.

Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. Kalaulah Nabi Muhammad berdusta atau mengadakan sebarang kata rekaannya, sudah tentu Allah akan menyentap dan memutus tali jantungnya supaya ia mati serta-merta. Siapakah yang boleh menghalangnya?

Sesungguhnya Al-Quran itu tetap menjadi peringatan bagi orang yang bertaqwa.

Allah sedia mengetahui bahawa ada yang mendustakan Al-Quran, maka Ia akan membalasnya.

Sesungguhnya Al-Quran itu pasti akan menyebabkan penyesalan bagi orang kafir semasa mereka menerima balasan nanti.

15. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini.

Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Tamat.

++++++++++++++++++++

Itulah surah yang dibacakan imam tatkala solat subuh tadi. Sangat bertuahlah jika makmum dapat memahami apa yang dibacakannya. Alhamdulillah.

Tetapi kalau tak faham pun tak apa kerana ada tafsirannya, termasuklah di sini: 069. Al-Haqqa


Kliklah:

Sunday 25 April 2010

MEREKA MEMERLUKANNYA



Sekarang . . . . . .

Matanya boleh melihat dan tangannya boleh menulis.

Lihatlah apakah Kemurahan Hati anda telah menghasilkan.


Bantulah mereka yang memerlukan
Anda akan bertambah kaya



Inilah sampul surat yang saya lihat diterima oleh sahabat saya.

Monday 8 February 2010

PERUBATAN - KENCING MANIS & DARAH TINGGI

Bacaan Subuh Jumaat

Klik segi tiga untuk Dengarnya

BERJAGA-JAGALAH





























_______________________________________________

DARAH TINGGI
- Kawalan dan Cadangan Pemakanan