Monday, 4 January 2010

MENCAPAI KEJAYAAN

KEYAKINAN





Hidup kita sangat bergantung kepada keyakinan kita. Kalau kita yakin atas sesuatu maka kita akan beri sokongan kepadanya dan kita akan merasa bahagia berbuat demikian. Kalaulah kita tak yakin pula kita akan tidak menyokongnya dan kita akan merasa terganggu dengannya.

Kita ambil contoh seorang penoreh getah. Jika ia yakin hari tidak akan hujan ia akan merasa bahagia untuk bangun pagi untuk pergi menoreh bagi mendapatkan rezekinya. Akan tetapi jika ia yakin hari akan hujan sewaktu di menoreh nanti ia akan tidak pergi menoreh.

Begitu juga seorang pekerja berbayar gaji. Ia akan pergi bekerja jika ianya yakin gaji akan dibayar kepadanya. Akan tetapi jika ia yakin gaji tidak akan dibayar maka ia tidak akan pergi bekerja.

Begitu jugha seorang peniaga. Jika ia yakin boleh mendapat untung maka ia akan mencebut ke dalam perniagaan tersebut. Jika ia yakin tak akan memperolehi untung maka ia akan menolak untuk terlibah dalam perniagaan tersebut.

Banyak contoh yang boleh disebutkan. Misalnya.

Boon Siew bukanlah orang kaya. Tetapi ia yakin mini-Kapcai, jika dia menjualnya boleh mendatangkan keuntungan. Orang lain yang ditawarkan untuk menjual mini-Kapcai telah menolaknya kerana beliau tak yakin mini-kapcai boleh mendatangkan untung kepadanya jika ia menjadi ejen penjua mini-kapcai.

Oleh kerana beliau yakin, Boon Siew telah memohon memperolehi hak untuk menjual mini-kapcai di negara ini. Keyakinannya pula telah membuat beliau mahukan semua genama jenis mini-kapcai tersebut dijadikan hak miliknya sebagai ejennya.

Kesannya, bermula dengan Honda 45 sehingga kesemua jenis kenderaan bergenama Honda tidak boleh dipasarkan oleh orang lain di negara ini.

Kenapa berlaku sedemikian?

Kerana Boon Siew yakin. Tetapi pehak yang mula (namanya rahsia – takut kena saman nanti, bukankah zaman ini zaman menyaman berjuta!) ditawarkan franchise “Honda” tak yakin. Orang lain tak yakin kerana masa itu motorsikal semuanya jenis besar dan benderuuuumm (BSA, Norton) tapi mini kapcai adalah "anak patung".

Dalam contoh ini, keyakinan membawa kejayaan dan kekayaan.

Serupa juga dengan Lim Goh Tong yang yakin boleh berjaya dengan mendapat hutan yang orang lain tak mahu dan yang orang lain kata dia “gila” mendapatkan hutan.

Serupa juga dengan pengasas KFC yang ditolak cadangannya oleh kebanyakan restaurant pada awalnya. Akhirnya dunia memakan ayam hasil resepinya, termasuk disebelah Masjidil Haram, Mekah.

Satu lagi contoh ialah Muhammad Ali. Beliau bertinju dengan lawannya kerana beliau yakin boleh menang dan tentulah beluau menang.

Kita pun begitu juga. Kalau kita yakin kita boleh berjaya, kita akan berjaya. Tapi kalau kita yakin tak akan berjaya maka kita sudah pun kalah sebelum mencubanya.


Awas:

Yakin sahaja tak cukup. Ianya mesti disokong dengan usaha gigih. Muhammad Ali berusaha bagi mendapatkan keyakinan tersebut. Serupa juga dengan contoh Boon Siew dan Goh Tong yang tak tahu menulis (dikatakan) itu. Serupa juga dengan anda. Juga saya. Malah semua orang mesti berusaha bagi membantu keyakinan tersebut.


Tapi jangan lupa, kesemuanya tertakluk kepada ketentuan Allah, yang kita tak tahu dan tidak diberitahu.

No comments:

Post a Comment