Sebelum jambatan ini dibena penduduk di seberang pekan Kuala Kangsar hanya dapat pergi ke pekan melalui Jambatan Iskandar yang jauh perjalanannya atau dengan menaiki bot tambang dari Kampong Sayung.
RUMAH LAMA DI DAERAH KUALA KANGSAR
Gambar dibawah rupanya gambar kampong asalku. Changkat disebelah kanan ialah Changkat Petai di mana terletak rumahku. Orang tuaku dan datuk moyangku memang berdikari menanam padi dan menghasilkan hasil tanaman dusun dan getah. Di belakang rumah ialah dusun dan kebun getah dan di hadapannya sawah padi. Rumah mak saudaraku terletak di seberang rumahku. Kawasan itu kami namakan lembah kerana terletak dikawasan lembah dan di tepi Sungai Chempias. Petani di masa dahulu mengalirkan air sungai untuk meyediakan air untuk tanaman padi mereka. Ampangan dibena (kami namakan jojoi) bagi menaikkan air sungai bagi tujuan ini.
Tetapi sekarang rumahku di Changkat Petai sudah tiada lagi sejak kami tinggalkan kampong tersebut pada tahun 1978. Yang tinggal ialah bahagian dapor rumah tersebut, itu pun tinggal rangka sahaja. Bahagian dinding dan lantainya dah reput. Bahagian ibu rumah tersebut telah dijual dan dipindahkan ke Kampong Rambung. Banyak rumah lain di kampong itu pun tak ketiadaan penghuni sejak orang2 muda berhijrah ke kawasan lain mencari rezeki masing2 dan ibu bapanya mereka telah meninggal dunia.
Sawah pula telah dipajakkan kepada orang luar (mengikut kotraknya yang saya terbaca mereka adalah dari Sekincan, Selangor) untuk ditanam padi secara kelompok.

Gambar di atas saya perolehi dari internet. Dan setelah melayari internet selanjutnya saya dapati banyak rumah2 kampong yang besar lagi cantik telah ditinggalkan. Lihatlah gambar2 di bawah sebagai contohnya.
Sayang sekali rumah yang seindah itu tertinggal tanpa penghuni manusia yang menjaganya. Makluk Allah yang lain ada . . . . . .
Akan tetapi masih ada lagi rumah besar yang masih dihuni manusia
saperti dalam gambar di bawah ini, walaupun keceriaannya tidak begitu ketara. Mungkin akan riuh rendah ketika musim hari raya dan khenduri kendara.
saperti dalam gambar di bawah ini, walaupun keceriaannya tidak begitu ketara. Mungkin akan riuh rendah ketika musim hari raya dan khenduri kendara.