Bilakah kita akan bersatupadu?
Saya berasal dari kampong. Sekolah pun di sekolah kampong. Kawan, budak2 kampong. Semua satu bangsa dan bersaudara rapat, kecuali beberapa keluarga yang datang berhijrah dari Tanah Jawa menumpang duduk dan bekerja di kampong tersebut.
Manusia bangsa Cina tiada yang tinggal di kampong kami. Yang lalu lalang pun jarang sekali. Kalau ada pun ialah seorang Nnyonya tua yang datang berjalan kaki dari Lubuk (Merbau) untuk memberi ayam itik dan telornya, dan kemudian terus beliau balik ke Liman (Kati) melalui jalan Langkor. Tak siapa yang mengganggunya malah kami suka kedatanganya kerana boleh menjual ayam kampong dan telor ayam/itik.
Kami masa kecil dulu suka melihat caranya mengenal sama ada sebutir telur itu elok atau tembelang, dengan hanya menayang telur tersebut ke arah matahari. Dari situ beliau membuat penilaian tentang kualiti telur tersebut. Itulah teknoloji masakininya.
Kadang2 ada pula Apek datang menaiki basikal untuk membeli ayam itik kami. Dia membawa dawai panjang yang digunakan untuk menangkap binatang tersebut. Caranya ialah dengan “meletakkan” hujung dawai tersebut pada kaki binatang tersebut (yang sedang berlari) dan menariknya.
Dua tiga tahun lepas saya cuba cara Apek tersebut menangkap ayam Che Mat di Taman saya (sudah tentulah dengan permintaan dan kebenarannya). Ayam tersebut tidor di atas pokok rambutannya dan di atas pagar rumahnya. Cuba punya cuba tak berjaya saya. Memang susah tapi dulu saya tengok Apek di kampong saya senang saja menangkap cara begini. Mungkin itulah yang dinamakan “expert”, hanya orang yang ahli yang boleh berbuat perkara yang ianya ahli. Kita ikut kucing (copy cat) tanpa latihan dan usaha dan juga teknik yang baik mungkin gagal. Tapi tak salah pula mencuba kerana mencuba membawa kejayaan. Mungkin pula akan membawa pembaikan cara selagi otak anugrah digunakan secara positif.
Juga kadang2 ada beberpa pemuda India melalui kampong kami menyusur parit mencari jelebor (tuntung). Mereka menggunakan besi untuk dicucuk ke dalam tanah selut parit tersebut untuk mengesan jelebor tersebut (berdasarkan kepada bunyi dan rasa pada besi tersebut jika tertikam belakang jelebor tersebut) dan jika ada ditangkap mereka dan dimasukkan dalam guni. Kami yang nakal seronok juga mengikut mereka mencari jelebor tersebut.
Kami semua hidup seronok “ever aftar” kata orang putih.
Orang putih pun ada yang melalui kampong kami tapi mereka adalah askar yang meronda berjalan kaki dan tak tahu cakap Melayu. Jadi kontek kami dengan mereka sangatlah minimal. Mungkin mereka pula curiga dengan kami.
Kehidupan tatkala itu sangat harmoni dan seimbang.
Ketika masuk ke sekolah menengah barulah saya bercampur dengan bangsa selain dengan bangsa Melayu. Semasa Tingkatan satu mulalah kami kenal dan berkawan rapat dengan Leong Kok Meng, Tybally, Gulam, Nicholes, Iskandar Singh dan lain2.
Masa itu mereka dah pun pandai cakap Inggeris walhal kami dari kampong masih merangkak2. Juga kami terpaksa berfikir dalam Melayu dan alihbahasakan sendiri kepada Bahasa Inggerin. Agak mengambil masa tapi kami tak kesah sangat kerana kami seronok berkawan dengan mereka.
Mereka pula tak pandai cakap loghat Melayu kami kerana mereka belajar Bahasa Melayu buku yang sangat berbeza dengan bahasa loghat Kuala kami. Tatkala kami di Tingkatan Lima pun mereka asyek mengadu yang bila kami bercakap mereka tak begitu faham.
Sekarang anak saya pula yang mengadu perkara serupa bila kami balik kampong kerana mereka tak begitu paham percakapan loghat kami. Mungkin sebab itu timbulnya Bahasa Malaysia Baku yang nampaknya dah pun terkubur itu.
Tapi kami masih bersatu dan padu. Dalam pelajaran dan bersukan dan pergaulan harian kami.
Alangkah bahagiakan kita jika momentum sebegini telah kita diteruskan. Tapi ianya tidak kerana kita telah diasingkan oleh sistem kita sendiri. Keseimbangan yang terjalin dahulu tidak diteruskan.
Persatuan dan perpaduan kaum sekarang ini kelihan semakin runtuh.
Jika kita berbaik dengan semua orang maka lama kelamaan semua orang akan berbaik dengan kita. Jika kita seronok dengan semua orang maka lambat laun semua orang akan seronok dengan kita. Jika kita senyum kepada semua orang akhirnya semua orang akan tersenyum kepada kita.
Maka baiklah dengan semua orang, seronokkanlah semua orang dan senyumlah kepada semua orang, InshaAllah suasana saperti kampong saya dahulu dapat dikekalkan dan semua orang akan menjadi baik, semua orang akan seronok dan semua orang akan tersenyum.







Senyum = Sedekah